Wednesday, April 16, 2008

光辉岁月:最后的作业

为了让我的四年大学生涯做个总括的记录,故特此在我的部落格上写下我在马大四年的“光辉岁月篇”。第一篇是我的大学生涯里的最后一份作业, 这是我最后一个学期拿的课程叫media dan politik,由人类与社会学系开办的课程。课程主要探讨媒体与政治之间的关系,当中多以大马的媒体与政治环境作为例子探讨。这分作业是由我和另一位印裔同学一起做的,我是负责做后半部分的。值得一提的是,我在其中引用了英文版《火箭报》的分析评论!这可是头一次,也是唯一一次了。该份作业题目为:Bincangkan kedudukan kebebasan akhbar di Malaysia dengan berpandukan Press Freedom Index. 以下为完整版。


1.0 Pengenalan

1.1 Akhbar di Malaysia


Surat khabar Malaysia yang pertama dipercayai ditubuhkan pada tahun 1806 di Pulau Pinang. Ia merupakan sebuah surat khabar berbahasa Inggeris yang dianggap eksklusif kepada komuniti yang bertutur bahasa Inggeris dan kakitangan East India Company yang bekerja di Pulau Pinang.

Surat khabar kedua ditubuhkan di Singapura pada 1824 dengan nama Singapore Chronicle. Kemudian menyusul The Straits Times (1845, kini New Straits Times).

Surat khabar bahasa Melayu pula bermula dengan Jawi Peranakan dalam tulisan jawi. Sebuah lagi surat khabar bahasa Melayu, Lembaga Melayu ditubuhkan pada 1917. Tetapi surat khabar yang membawa idealisme, aspirasi, perjuangan bangsa Melayu, agama Islam dan negara ialah Utusan Melayu (1939). Utusan Melayu (Jawi) menjadi alat perjuangan kemerdekaan kalangan nasionalisme Melayu yang terdiri daripada golongan wartawan dan guru.

1.2 Kebebasan akhbar

Erti kebebasan akhbar dalam konteks kewartawanan adalah menulis yg sebenarnya tentang semua perkara tanpa disekat oleh pelaku negara (state actor).

Amalan kebebasan akhbar dikatakan bermula di England 310 tahun lalu. Amalan ini adalah suatu perkembangan kepada konsep kebebasan bersuara yang berakar umbi sejak zaman kegemilangan Rome dan Greek. Kebebasan akhbar kini adalah sebahagian daripada kebebasan bersuara yang dikaitkan dengan amalan demokrasi sesebuah negara.

Mengikut Universal Declaration of Human Rights: "Everyone has the right to freedom of opinion and expression; this right includes freedom to hold opinions without interference, and impart information and ideas through any media. "

1.3 Press Freedom Index

Mulai tahun 2002, setiap tahun Reporters Without Borders (French: Reporters sans frontières, RSF) akan membuat satu ranking mengikut tahap kedudukan kebebasan akhbar di sesebuah negara.

Senarai press freedom index ini akan dibuat berdasarkan respon yg diterima daripada wartawan yang menjadi partner dalam organisasi Reporters Without Borders melalui survey. Kajian telah dilakukan ke atas 169 buah negara di seluruh dunia pada tahun 2007.


2.0 Perbandingan kedudukan Malaysia dengan negara jiran lain dalam Press Freedom Index 2007.

Press Freedom Index 2007 memperlihatkan Malaysia mencapai pencapaian yang paling teruk sejak index tersebut diwujudkan tahun 2002 dengan menempah tempat ke 124 daripada 169 buah negara. Malaysia telah jatuh secara drastik sebanyak 32 tempat berbanding dengan ranking tahun 2006, dimana Malaysia berada di tempat ke 92 daripada 168 negara.

Lebih-lebih lagi, kedudukan Malaysia dalam Press Freedom Index 2007 berada di belakang negara-negara jiran kita yang juga sedang membangun. Negara-negara seperti Cambodia (85), Timor-Leste (94), Indonesia (103) pun jauh di hadapan kedudukan Malaysia dalam index tersebut.

Janji Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Badawi bahawa beliau ingin “mendengar kebenaran” menjadi sesuatu sinis apabila berdepan dengan index tersebut.

Kedudukan Malaysia dalam index ini jelas menunjukkan memang ada sesuatu yang tidak kena telah berlaku dalam sektor media di Malaysia pada tahun 2007. Biarlah kita mentafsir faktor-faktor yang mengakibatkan berlakunya keadaan sedemikian dalam bahagian seterusnya. Secara perbandingan, kedudukan kebebasan akhbar lebih baik di sesetengah negara ASEAN, seperti kampodia dan Indonesia, daripada Malaysia. Ruang lebih luas diberikan kepada kegiatan dan pendapat parti-parti pembangkang dan juga kepada kritikan berani serta benar terhadap menteri-menteri atau dasar-dasar kerajaan.



3.0 Faktor-faktor yang mempengaruhi kedudukan Malaysia dalam Press Freedom Index 2007.

Sepanjang tempoh akhir tahun 2006 sehingga akhir tahun 2007, terdapat beberapa perkara signifikan yang telah berlaku dalam sektor media yang telah mempengaruhi kedudukan Malaysia dalam Press Freedom Index 2007. Bahagian ini akan membincangkan perkara-perkara tersebut.


3.1 Pengaruh kuasa pihak rasmi terhadap media

Kementerian Keselamatan Dalam Negeri (Ministry of Internal Security) yang diketuai oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Badawi serta Kementerian Penerangan (Ministry of Information) yang diketuai oleh Zainuddin Maidin tetap menjadi kuasa utama dari pihak rasmi yang banyak campur tangan dalam penyiaran berita dalam negara. Kebanyakan berita sering dihadkan dari penyiaran media mainstream, kadang-kala perlu mengikuti arahan dan kehendak dari pihak rasmi. Di Malaysia, ruang media boleh dikatakan dimonopoli oleh berita-berita tentang apa yang kerajaan atau pemimpin kerjaan buat dan cakap. Memang sudah lama wujud amalan pihak berkuasa memberikan arahan, galakan ataupun tegahan yang kepada akhbar-akhbar, sama ada oleh menteri sendiri, atau melalui pegawai-pegawai bawahan.


Dengan adanya kemudahan Akta Cetak dan Penerbitan 1984 (Printing and Publishing Act 1984) , Akta Keselamatan Dalam Negeri (Internal Security Act, ISA), Akta Hasutan (Sedition Act), dan sebagainya, kebebasan akhbar di Malaysia dapat dicengkam dengan kuat dan mudah oleh kerajaan sehingga hari ini. Sejak adanya akta-akta tersebut, telah banyak kali kerajaan mempergunakannya untuk memberhentikan penerbitan akhbar. Antaranya contoh yang paling signifikan ialah apabila “Operasi Lalang” dilancarkan pada 27 Oktober- 14 November 1987dimana jumlah terbesar akhbar yang dibatalkan permitnya di bawah ISA. Akhbar-akhbar yang terlibat ialah The Star, The Sunday Star, Watan, dan Sin Chew Jit Poh. (Mohd. Safar Hasim: 1996:291) Mengikut akta percetakan, semua penerbitan tetap mesti mempunyai lesen dan lesen ini harus diperbaharui tiap-tiap tahun. Media yang tidak mengikut syarat-syarat yang dikenakan boleh ditutup. Keadaan ini jarang berlaku kepada media perdana yang dikuasai pemerinth, kerana mereka sentiasa patuh. Tetapi akta ini lebih mengancam ke atas akhbar-akbar yang cuba hendak bebas seperti Watan dan Detik telah diharamkan. Harakah dibataskan penerbitannya, manakala Seruan Keadilan tidak pernah diberikan lesen.


Antara perkara-perkara yang paling menonjolkan dalam menunjukkan penguasaan kerajaan terhadap sudut penyiaran berita sepanjang tempoh tersebut adalah himpunan aman yang dianjurkan oleh Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) serta HINDRAF (Hindu Rights Action Force). Ketidakadilan dalam penyiaran berita memaksa Ahli Parlimen kawasan Tenom, Raime Unggi (dari Barisan Nasional) mempertikaikan isu sudut penyiaran berita yang tidak wajar oleh stesyen televisyen milikan kerajaan – RTM, setelah berlakunya himpunan aman BERSIH. “The media gave a very biased coverage of the illegal gathering until it indicated that our country is in a big mess”, katanya. (The Rocket, January/ February 2008: 20) Ini jelas menunjukkan betapa seriusnya perkara tersebut.

Selain itu, media-media tempatan juga dilarang melaporkan respons dan ketidakpuasan orang ramai terhadap dakwaan yang dibuat oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Najib Abdul Razak, bahawa Malaysia adalah negara Islam (Islamic state), mengabaikan kenyataan dimana perlembagaan Malaysia adalah bercorak secular.

Ekoran daripada terdapatnya kemudahan pelbagai akta yang disebut tadi, gangguan yang dikenakan terhadap editor-editor media mainstream oleh Kementerian Keselamatan Dalam Negeri dan Kementerian Penerangan adalah mudah dan berkesan. Hal ini lama-kelamaan telah menyebabkan editor-editor tersebut menjalankan proses self-censorship secara automatik demi mengelakkan dari sebarang gangguan dari pihak kerajaan terhadap hal penyuntingan akhbar. Jadi, adalah tidak hairan jika segala kritikan terhadap kerajaan ditapis secara automatik oleh editor-editor.


3.2 Gangguan terhadap Bloggers

Kebelakangan ini, melayari blog-blog telah menjadi salah satu cara bagi golongan masyarakat yang ingin mendapat maklumat dan berita alternatif yang tidak ditapis oleh kerajaan. Pengaruh golongan blogger menjadi semakin besar apabila semakin ramai orang tidak lagi mempercayai media mainstream. Kerajaan BN memang mengetahui pengaruh kuat oleh golongan blogger ini, maka mereka sering mengambil tindakan untuk mengganggu blogger-blogger yang sering mengkritik dan mengheboh-hebohkan ketidakberkesanan dan ketidaktelusan kerajaan BN dalam hal pentadbiran. Contoh-contoh di bawah adalah kes-kes yang signifikan dalam tahun 2007.

Pada January 2007, dua orang blogger Malaysia yang popular iaitu Jeff Ooi dan Ahiruddin Attan menjadi blogger yang pertama didakwa dalam Malaysia. Mereka didakwa oleh sebuah akhbar pro-kerajaan BN, News Straits Times kerana telah menulis sesuatu yang tidak benar dan mencederakan sesetengah pihak.

Pada July 2007, seorang kakitangan biro maklumat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Nathaniel Tan ditahan selama 4 hari di bawah Akta Rahsia Rasmi (Official Secret Act, OSA) kerana dia dikatakan mempunyai link bagi dokumen-dokumen yang membuat dakwaan terhadap Timbalan Menteri Kementerian Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Johari Baharom, yang menunjukkan beliau terlibat dalam kes rasuah. (The Star, 14 July 2007)

Pada 23 July 2007, Tan Sri Muhammad Taib dari UMNO membuat laporan polis menyatakan bahawa Malaysia Today (sebuah media online tempatan) telah melanggari Akta Hasutan 1948 dan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Communications and Multimedia Act 1998) kerana memaparkan tulisan yang melawan Yang di-Pertuan Agong, dan degrade Islam dan menyemaikan rasa kebencian antara kaum pada 11 July 2007. (The Star, 23 July 2007) Editor bagi Malaysia Today, Raja Petra Kamarudin dan isterinya dipanggil untuk membuat penerangan demi perkara tersebut. SUARAM (Suara Rakyat Malaysia) pernah mencabar Muhammad Taib untuk memaparkan article yang dikatakan tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong dan agama Islam tersebut, namun ditolak olehnya.

Selain itu, kes-kes lain seperti Tian Chua dan Wee Meng Chee juga memperlihatkan bahawa kerajaan Malaysia mula menakut-nakutkan golongan blogger di Malaysia, supaya dapat mengehadkan kebebasan bersuara dalam dunia cyber.


3.3 Konsentrasi dalam pemilikan media mainstream di Malaysia

Proses konsentrasi dalam pemilikan media memang membimbangkan pelbagai pihak yang mengambil berat terhadap kebebasan akhbar di Malaysia.

Media Prima Berhad yang dimiliki oleh UMNO telah menguasai kebanyakan media mainstream di Malaysia sejak ditubuhkan pada tahun 2003, termasuk TV3, NTV7, 8TV, Channel 9, Hot FM, Fly FM, News Straits Times Press (NSTP), Berita Harian Sdn. Bhd., Malay Mail Sdn. Bhd., dan sebagainya. Ini memudahkan UMNO dalam hal mengawal berita dan informasi yang dipaparkan kepada orang ramai.

Bagi akhbar-akhbar Bahasa Cina yang dikatakan adalah lebih bebas daripada kawalan kerajaan sebelum abad ke 21, juga tidak dapat terlepas dari genggaman kerajaan BN. Setelah mengalami kegagalan dalam pilihanraya kecil bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lunas, Perdana Menteri Malaysia pada masa itu, Dr. Mahathir berasa geram terhadap akhbar-akhbar Bahasa Cina terutamanya Nanyang Siang Pau dan China Press dalam mengapi-apikan masyarakat Cina dengan isu “Sekolah Wawasan” dan “Suqiu” menjelang pilihanraya kecil tersebut. (Chen Wen Loong: 2007: 6) Berikutan hal itu, parti komponen kedua besar BN, MCA (Malaysian Chinese Association) diarahkan untuk menguasai Nanyang Siang Pau dan China Press pada tahun 2001.

Pada akhir tahun 2006, keadaan kebebasan akhbar bagi akhbar Cina menjadi semakin buruk apabila MCA menjualkan kedua-dua akhbar tersebut kepada Tiong Hiew King, seorang peniaga balak yang terkenal dengan hubungan rapatnya dengan MCA. Lantaran itu, empat akhbar bahasa Cina yang terbesar dalam Malaysia iaitu Sin Chew Jit Poh, Guang Ming Daily, China Press dan Nanyang Siang Pau telah dimiliki oleh Tiong Hiew King.

Jelaslah bahawa kebebasan akhbar telah dihadkan dengan berlakunya konsentrasi dalam pemilikan media mainstream di Malaysia.


4.0 Penutup

Kesimpulannya, keadaan kebebasan akhbar dalam Malaysia pada masa kini adalah tidak memuaskan. Pengaruh pihak kerajaaan terhadap media dengan kemudahan akta-akta yang sedia ada telah mengcengkam kebebasan penyuntingan berita dengan kuat. Walaupun dunia cyber merupakan jalan keluar alternatif bagi kebebasan bersuara, namun kerajaan Malaysia kini juga mula ingin mengehadkan kebebasan bersuara di internet dengan mempergunakan akta-akta untuk menggangu blogger di Malaysia. Tambahan pula, dengan keadaan pemilikan syarikat-syarikat media mula dikonsentrasikan dan menjadi semakin mudah dikawal oleh kerajaan, harapan untuk memperbaiki keadaan kebebasan akhbar di Malaysia adalah tidak cerah.

Walau bagaimanapun, kita sebagai warganegara yang prihatin terhadap kebebasan bersuara di Malaysia haruslah tekad berusaha ke arah matlamat kita untuk mewujudkan keadaan ruang media yang lebih bebas.



5.0 Bibliografi

5.1 Rujukan buku:

1.Chen, Wen Loong. 2007. Rising Up Against Media Monopoly: The Yellow Ribbon Movement In Malaysia 2006. Selangor: Writers Alliance For Media Independence (WAMI).

2.Mohd. Safar Hasim. 1996. Akhbar dan Kuasa: Perkembangan Sistem Akhbar Di Malaysia sejak 1806. Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

5.2 Rujukan akhbar:

1.The Rocket, January/ February 2008

2.The Star, 14 July 2007

3.The Star, 23 July 2007

5.3 Rujukan laman web:

1.http://www.cijmalaysia.org/index.php?optio...id=281&Itemid=1

2.http://www.iht.com/articles/ap/2007/01/18/asia/AS-GEN-Malaysia-Bloggers-Sued.php

3.http://www.suaram.net/index.php?option=com_content&task=view&id=539&Itemid=29

4.http://en.wikipedia.org/wiki/Reporters_Without_Borders

5.http://awalkarya.blogspot.com/2007/06/menuntut-kebebasan.html


6.0 Lampiran

Press Freedom Index 2007